Tuesday, March 25, 2008

25th March 08
04.16pm

Sayangku,
Macam-macam yang kita dah lalui sepanjang perhubungan kita. Walaupun baru sebulan macam-macam dugaan yang datang dan semuanya banyak menguji kesabaran dan kasih-sayang kita. Walau apa pun yang datang sayang, ct harap sayang boleh bersabar dan sentiasa redha. Macam mana ct boleh bersabar dengan apa yang berlaku, ct harap sayang pun sama.

Sayang, ct bukanlah seorang yang tabah dan kuat macam yang sayang nampak...tuhan je yang tahu betapa lemahnya ct setiap kali dugaan itu datang menimpa. Terlalu banyak yang datang menduga, itu yang buatkan ct penat, letih, sedih...

Yang membuatkan ct kuat bila ct teringatkan ibu, ayah dan Allah swt. Ct kuatkan diri untuk pertahankan hubungan kita. Ct tak nak kehilangan sayang dan ct tak nak sayang bersedih lagi. Banyak yang sayang bagi pada ct, sayang banyak sokong ct dan ajar ct. Terima kasih kerana mengajar ct untuk menyayangi orang lain...dah lama ct buang perasaan tu jauh-jauh...mungkin sebab terlalu kecewa dengan kisah-kisah dulu.

Maaf ye sayang...dah banyak ct bagi masalah kat sayang. Hanya ungkapan maaf je yang dapat diberikan. Semoga tuhan makbulkan doa kita...semoga kita berbahagia suatu hari kelak.

Amin....

-Aisyah-

No comments: